. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Aug 11, 2015




Kadang-kadang bukan perkara besar pun yang buat kita rasa tak senang,
maksudnya murni dan mudah saja untuk dilunaskan hasratnya.

Cuma, bila hasrat disampaikan dalam ayat yang kurang sempurna atau gaya bahasa yang kurang senang untuk diterima,
buatkan hajatnya yang kecil, berat untuk diri melunaskan.

Perkara yang sama dalam menyampaikan dakwah, menegur kemungkaran.

Jika bahasanya tersalah, 
maksudnya tak mudah untuk diterima.
Hatta nasihatnya hanya satu garisan senyum yang mudah.

Muhasabah.



Aug 10, 2015




Benda pelik yang dirasa
dan sesuatu yang tidak pasti.

Gundah.

Bukan hak dan ketentuan aku
malah perlu terus berjalan.

Fikiran.

Kecamuk dengan yang bukan-bukan
bersama andaian kosong angan-angan.

Nak ke mana?

Jalan yang terpesong dan
penuh halangan.

Antara ini dan itu,
dua yang berbeza
dan keduanya aku suka.

Mustahil.

Tak mungkin,
sebab semuanya itu atas aku sendiri.




#kosong





Jul 15, 2015




Terima kasih Tuhan atas peluang tiga tahun yang diberikan.

Tinggalkan Cardiff
mungkin untuk selamanya.

Kembali pada realiti,
hai Malaysia! 



Jul 6, 2015




Adik kena denggi,
dan aku dah mula tawar hati.



Jul 5, 2015




Kiasan dan common sense

Zaman sekarang ramai yang kata zaman kurangnya common sense.

Aku terfikir, kenapa orang kata begitu?
Common sense yang bagaimana yang hilang?
Memandangkan aku juga hidup di zaman sekarang.
Hairan.

Bila duduk dengan wan,
lama-lama aku mula faham.
Mungkin tidak faham sepenuhnya,
tapi atleast suku dari bahagian common sense tu aku faham kenapa mula hilang
dan betapa aku sendiri pun kurangnya common sense tu sendiri.

Wan banyak guna bahasa kiasan,
sebagai contoh bila nak makan mee goreng,
wan mula cakap yang bahan-bahan nak goreng da ada, sedapnya kalau dapat makan,
tanpa sekali pun menyuruh sesiapa untuk  menggorengkan untuknya makan.
Orang yang dengar haruslah sendiri faham dan bertindak mengikut kiasan yang diberi.

Seperti tadi, ada selut kering di kaki lima luar,
wan tanya kepada aku,
'Tu pasiaq (pasir) apa?'
Aku pantas menjawab entah, selut kasut depa kot, lalu terus berlalu masuk.
Tanpa menangkap maksud sebenar wan.

Selepas seketika, aku lihat wan terbongkok-bongkok menyapu di laman,
membersihkan selut tadi dan pasir di kaki lima.

Zass.
Baru aku faham maksud wan bertanya tadi dan betapa rendahnya common sense aku.

Bila difikirkan balik, 
kenapa perlu wan tanyakan benda yang obvious di depan mata? 
Hanya aku yang kurang ambil faham apa yang tersirat sebenarnya. 

Mungkin kita sudah terbiasa arahan direct dan terlampau fokus dengan dunia bukan didepan mata,
hingga hilang common sense dalam memahami bahasa kiasan.

Kita lihat dan terus ambil secara surface apa yang kita lihat tanpa
cuba memahami perkara tersirat setiap perkara dan kemudian bertindak mengikut cara yang sepatutnya.

Mungkin sebab tu common sense semakin terhakis,
sebab sikap kurang ambil peduli.

:(