Assalamualaikum!
Perkara yang nak sangat anda jeritkan ke muka ini
tapi..tapi sebab anda masih berperikemanusiaan,
anda perlu behave dan simpan perkara itu.
huh!
Maka, dengan rendah hatinya,
anda boleh luahkan di http://goo.gl/forms/8Odi1bSCsU.
Luahkan apa yang terbuku tentang aku.
Supaya aku tahu dan berubah menjadi yang sepatutnya.
Antara hak muslim atas saudara muslimnya,
memberi nasihat apabila diminta.
Hidup ini bukan hanya untuk diri sendiri,
dan bukan juga untuk orang lain.
Hanya mahu seimbangkan antara keduanya.
Terima kasih tidak terhingga kerana membantu! :D
Jan 3, 2015
Jan 1, 2015
Belfast city airport.
09:48
1/1/2015
Asing.
Acara-acara yang selama ini ditunggu
berlalu laju.
Dalam sekelip mata, semua dah berakhir.
Tahun baru dengan perancangan yang masih kosong.
'Lepas ni aku nak buat apa?'
Projek.
Final exam.
Grad.
Terus bergerak?
Persoalan yang aku takut untuk fikirkan.
Sudah tergambar keberangkalian akan datang,
yang aku sendiri tak mahu ia berlaku.
Moga terus istiqomah.
Kerja?
Sambung belajar?
Kahwin?
Masih buntu.
Tahun 2015.
Tahun 'turning point'.
Tahun yang masih kosong.
Semoga tercapai cita-cita
dalam redhaNya.
Dec 16, 2014
Iri hati.
Iri hati dengan kelebihan, kekayaan, kesenangan orang lain.
Walhal, diri ini juga punyai kesenangan yang sama Allah beri, cuma dari sudut yang lain.
Tapi tetap hati ini resah gelisah melihat kesenangan dia.
Ahhh! Buang jauh-jauh penyakit hati itu.
Caranya mudah;
Bila mana perasaan halus itu muncul dalam hati,
cepat-cepat doakan kebaikan untuk orang itu;
Moga Allah murahkan rezekinya dalam keberkatan.
Dan terus istighfar;
Moga Allah ampunkan dosa kita dan jauhkan dari penyakit hati.
Dec 15, 2014
Assalamualaikum!
Timeline facebook.
Pernah anda scroll semula post-post lama?
2008, 2009, 2010, 2011;
zaman muda remaja fikiran mentah.
Malu.
Semua perkara hendak dikongsi di Facebook.
Sekecil-kecil perkara hingga serumit-rumit benda; tiada selindung.
Dan makin lama, corak gaya penulisan itu semakin berubah.
Lebih tertapis dan terjaga.
Akal didahulukan, ayat disusun, sebelum butang 'post' ditekan.
Dari 2008 hingga 2014, kita sendiri boleh nampak corak perubahan dalam penulisan kita.
Dari mentah ke matang, bergerak selari dengan perkembangan pengalaman dan minda.
Itu hanya dalam jangka masa 6 tahun;
karya kita sudah banyak berubah.
Jadi mana mungkin jika dalam jangka masa 23 tahun, karyanya tetap sama?
Selari tanpa sebarang percanggahan isi dan perubahan gaya bahasa.
Mana mungkin perkara ini terjadi jika Al-Quran itu ditulis manusia?!
"Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu),
tidaklah ia menyeleweng dan ia pula tidak sesat dengan kepercayaan yang salah.
Dan ia tidak memperkatakan sesuatu menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
Wahyu itu diajarkan oleh malaikat Jibril yang amat kuat gagah;"
[53 : 2-5]
Sungguh, Al-Quran itu dari Allah azza wa jalla.
Wahyu yang diturunkan Allah kepada Muhammad S.A.W melalui malaikatnya.

Dec 1, 2014
Marah.
Bila rasa itu timbul, dan setiap kali nak marah,
hold on dulu.
Pause.
Pause dari buat semua benda.
Tarik nafas dalam-dalam dan istighfar.
Jangan respon/bercakap/reply text kepada orang/perkara yang ignites kemarahan hang tu.
Tunggu dulu, fikiran hang masih tak waras ketika itu.
Jangan terburu,
ikutkan rasa, akan binasa.
Sesuatu perkara yang tak dirancang itu berlaku bersebab.
Sebab tersembunyi yang kita tak tahu. Jadi, tetapkan sabar!
Tak dirancang oleh kita, tapi itu perancangan Allah.
Trust HIM. He knows the best.
Subscribe to:
Posts (Atom)