Bonfire.
Tahun ini.
Aku terlepas lagi.
Haish.
Menyesal seketika bila dengar bunyi percikan bunga api tak putus putus,
dan aku tersepit di celahan projek.
Final year.
Tahun depan da tak da peluang ni.
Masih ingat tahun lepas,
tika hari bonfire, kami bergegas ke wayang.
Hujan renyai renyai, patahkan semangat untuk melihat.
Tahun sebelum itu,
kerana malas kesejukan, peluang dilepaskan
dengan alasan 'ah aku ada dua tahun lagi, nanti nanti boleh tengok'
Nanti nanti. . .
Dua tahun berlalu,
hingga terlepas peluang.
Menyesal?
Agak menyesal.
Tapi at least hal keduniaan, tak terasa sangat.
Jika hal akhirat?
Perkara yang sama berlaku di 'sana'?
Akibat dari diri yang suka 'nanti nanti lah'?
"Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; "Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!" Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu."
[6 : 31]
Muflis!