. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Oct 8, 2014



"Just pray to God, if this is the best for you, you will get the job. 
If not, Allah will open so many other doors for you.

Call your mom before you entering the interview, ask her to make doa for you."

:') 
Tazkirah sebelum subuh oleh pakcik taxi.
Sempat juga dia berkongsi doa-doa dipemudahkan urusan.

Awww thanks pakcik! 



#pakcikbuatsayasenyumdalamgabra




Sep 29, 2014



Hari pertama kelas untuk tahun terakhir pengajian dimulakan dengan mendapat berita gembira jauh nun dari sana.
Semoga Allah redha dan ini permulaan jalan kepada redhaNya.
Mohon semoga semuanya dipermudahkan.
Dan moga jodoh kita panjang!

Ameen.
;)



Sep 5, 2014



Terus berjalan.

Kau lihat aku,
dan mahu kehidupan seperti itu.

Semuanya tampak indah indah.
"Ya! Aku mahu itu!!" kata kau.

Namun jalan kau harus tetap kau lalui.
Begitu juga aku dengan jalan aku.

Kau terus bergerak.
Laju dan semakin laju.
Mungkin kadang kadang kau masih lihat aku.
Bentak hati masih mahu seperti aku.

Tanpa kau sedari, 
aku juga memandang engkau,
dan mahu seperti engkau.

______________________________

Setiap kehidupan ada cerita tersendiri
tanpa pernah kita tahu ke-struggle-an si penghuni kehidupan.

Pandang dan tuding; mahu itu mahu itu!

Tanpa sedar yang kemungkinan jika aku ganti jadi watak dalam kehidupan dia, mungkin endingnya tak sama seperti yang aku tonton.

Sebab itu kehidupan dia; yang memang tercipta untuk dia.

Dan aku hanya penonton setia; yang juga  punya kehidupan untuk dicipta.


"When I was able to let go of what I wanted,
I received what was truly mine."


Berhenti dari terus hidup dalam kehidupan orang lain, 
sedangkan cerita sendiri masih tiada happy ending.

Kuncinya; bersyukur dan lakar sehabis baik. 
Supaya aku dan kau, tersenyum puas dengan lakaran kehidupan kita.


"You have to do what is right for yourself. Nobody else is walking in your shoes. Every path has its puddles. I'm grateful my path has brought me to where I am today. Alhamdulillah."


Tiada menang atau kalah;
sebab setiap suratan itu sudah cukup indah.

Be strong and let's move on!










Aug 28, 2014



Lebih kurang lagi sebulan.
4th year mechanical engineering.
Tahun akhir.
Harapan setinggi pencakar langit.

Tapi. . .
semuanya dah tak sama.
Lagi sebulan, suasananya lain.
Orangnya lain.
Ketawanya lain.
Rindunya lain.

Bila fikir, jadi sedih pulak.
Hmmm

Begitulah kehidupan, 
datang dan pergi,
pasang dan surut.

Setiap orang yang kita temui,
setiap insiden yang kita lalui,
setiapa masalah yang kita hadapi,
menjadikan kita hari ini.

Dan semua itu akan berlalu pergi untuk dihargai,
hadir pula yang lain untuk diteladani.

Yang utamanya,
kebergantungan itu perlulah pada yang sama.
Walau setiap perkara datang dan pergi, yang sama tetap Dia.

Oleh itu perjuangan masih tetap perlu diteruskan!
dan bersama itu, doa kutitipkan.

Moga murah rezeki hendaknya,
buat kamu dan aku.

:)


#wajibkawentahundepankehkehkeh




Aug 26, 2014



Biasakan diri dengan menghargai.
Walaupun pekerjaan itu hanya kecil, tapi penghargaan itu besar.
Amat besar untuk buat dia tersenyum sepanjang hari.
Sekadar ucapan 'terima kasih'.
Percuma!


Ringankan mulut dengan menghargai.