. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Jun 18, 2014

Sesuatu yang pasti

 

Berapa peratus kepastian kita dapat bertemu dengan Ramadhan tahun ni?

0%

Sebab kematian itu lebih hampir.

Dua tiga hari ni dapat berita kematian yang tidak disangka.
Kisah sahabat terdekat keluarga yang meninggal dunia.
Dan satu kisah pelajar di uni of surrey yang bakal graduate tahun ini, juga meninggal dunia.
Semuanya berlaku dengan pantas, dengan pasti.
Beberapa hari lagi bertemu Ramadhan yang tak pasti milik siapa lagi.

Allah, sampaikan aku pada Ramadhan.
Sampaikan aku pada keluarga
dengan izinMu.

Mati itu sangat hampir sangat pasti
dari seluruh dunia dan seisi.
Persoalannya apa persediaan kita menemui mati?

Alfatihah buat arwah dan keluarga.

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; 
dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar);
dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu."

(64:11)




#teguranilahi




Jun 16, 2014



Berhenti sebentar.
Tengok sekeliling.
Keluarga.
Kawan sekolah.
Kawan kolej.
Kawan uni.
Semuanya baik, menyenangkan belaka.
KurniaanMu padaku.

Berhenti sebentar.
Berfikir.
Untuk apa semua ini?
Kenapa Dia memilih aku untuk rasa kebahagiaan ini?
Mengapa aku?

Berhenti sebentar.
Bersyukur.
Jika aku bersyukur
maka orang lain patut merasa yang sama aku rasa!

Berhenti sebentar.

Tapi bagaimana?

Sedekah.
Sedekah itu dapat diberikan dalam banyak bentuk.
Sedekah harta.
Sedekah masa.
Sedekah keringat.
Sedekah senyuman
malahan sedekah kasih sayang 
kepada orang yang lebih memerlukan.
Supaya mereka juga dapat merasa kebahagiaan yang Allah berikan kita rasa.

Berbuat baik dengan orang
agar mereka dapat merasa kebaikan yang sama dari orang sekeliling kita.

Ramadhan bakal tiba dengan berjuta barakah,
bulan amal untuk mula bersedekah! 
:)





Jun 9, 2014

Refleks diri





Back to reality.
Cukup 7 hari lari rumah,
kembali kepada tugas asal.
Walaupun exam da habis, 
masih kerja sebagai hamba akan terus berjalan
hingga hayat berpisah dengan badan.

Kembali ke Cardiff.
Kembali menghadap tugas yang tertangguh.
Kembali menggalas tanggungjawab yang 'ditinggalkan' sebentar.

Sungguh bermalas malasan itu membunuh.
Sejak dari persediaan untuk exam hingga pelarian dari rumah ini,
aku terasa makin 'hilang'.

"Perkara perkara kecik macam ni la yang akan tarik kau (ke neraka) nanti!"

Deep.
Tertusuk bila mana hati kian lalai.

Aku dapat bezakan antara mereka.
Semuanya datang dari dalam, 
spesifiknya hati.
Ke mana mahu pergi?
Bagaimana mahu pergi?
Dengan siapa mahu pergi?
Hati yang tentukan.

Dan sahabat yang baik
akan banyak membantu.

Sepanjang perjalanan juga 
aku melihat update update sahabat lain melalui instagram.
Penuh dengan gambar sepelusuk dunia.
Cemburu.

Dan beberapa rentetan peristiwa yang menegur aku secara halus, buat aku ingin berkongsi.

Benar, bukan semua perkara perlu diupdate di laman sosial
kerana bukan semua orang beruntung seperti kita.
Bukan semua orang dapat bersyukur dengan apa yang mereka ada
terutama mereka yang punya penyakit dalam hatinya.

Refleks diri.
Aku juga sentiasa update segala.
Aku juga masih jeles dengan keberadaan orang.
Dan aku juga masih masih tidak bersyukur dengan nikmat tuhan.

Refleks diri.
Untuk apa setiap post dilontarkan pada asalnya?
Jika tujuannya untuk keluarga, 
maka tumpukan hanya pada keluarga di ruangan yang betul.
Kerana daripada mengubati hati dan mata orang lain yang sakit,
lebih baik ubati mata hati kita dahulu.
Perbetulkan niat.
Bersihkan hati.

Bantu orang lain dengan menahan kehendak diri.

Sifat rasulullah yang sangat besederhana dalam setiap perbuatan,
masih tak dapat diaplikasi dalam kehidupan.



Di mana aku?

Masih dalam pencarian diri yang 'hilang'.



alhamdulillah untuk segala musibah.
alhamdulillah untuk segala nikmat.


#refleksdiri




Nota kaki: Travel sesorang macam sekarang (dalam train duduk sesorang update blog) buat aku puas! 
sebab banyak benda dapat dicerna sambil tengok bumi tuhan + hirup teh panas. Kalau hujan rahmat turun ni, lagilah mantop (Y) 

Imma happy kid! :D



Apr 22, 2014




Jalan diteruskan hingga ke satu lagi persimpangan.
Antara idealistik atau realistik,
aku buntu.

Siri siri kisah berlaku
sebelum aku tiba di persimpangan,
persis sudah dirancang.
Dirancang Tuhan.

Kisah kisah ini banyak yang menyentakkan,
membuat aku sedar akan realiti sebenar,
realiti yang selama ini aku lari darinya.

Mungkin persimpangan lain yang patut aku pilih,
bukan lagi persimpangan ideal yang aku sendiri angankan.

tapi masih aku buntu
dan pada Tuhan aku rebahkan.


-pasca easter





Apr 18, 2014




Kalau ini yang terbaik,
mohon dipermudahkan.