. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Jun 16, 2014



Berhenti sebentar.
Tengok sekeliling.
Keluarga.
Kawan sekolah.
Kawan kolej.
Kawan uni.
Semuanya baik, menyenangkan belaka.
KurniaanMu padaku.

Berhenti sebentar.
Berfikir.
Untuk apa semua ini?
Kenapa Dia memilih aku untuk rasa kebahagiaan ini?
Mengapa aku?

Berhenti sebentar.
Bersyukur.
Jika aku bersyukur
maka orang lain patut merasa yang sama aku rasa!

Berhenti sebentar.

Tapi bagaimana?

Sedekah.
Sedekah itu dapat diberikan dalam banyak bentuk.
Sedekah harta.
Sedekah masa.
Sedekah keringat.
Sedekah senyuman
malahan sedekah kasih sayang 
kepada orang yang lebih memerlukan.
Supaya mereka juga dapat merasa kebahagiaan yang Allah berikan kita rasa.

Berbuat baik dengan orang
agar mereka dapat merasa kebaikan yang sama dari orang sekeliling kita.

Ramadhan bakal tiba dengan berjuta barakah,
bulan amal untuk mula bersedekah! 
:)





Jun 9, 2014

Refleks diri





Back to reality.
Cukup 7 hari lari rumah,
kembali kepada tugas asal.
Walaupun exam da habis, 
masih kerja sebagai hamba akan terus berjalan
hingga hayat berpisah dengan badan.

Kembali ke Cardiff.
Kembali menghadap tugas yang tertangguh.
Kembali menggalas tanggungjawab yang 'ditinggalkan' sebentar.

Sungguh bermalas malasan itu membunuh.
Sejak dari persediaan untuk exam hingga pelarian dari rumah ini,
aku terasa makin 'hilang'.

"Perkara perkara kecik macam ni la yang akan tarik kau (ke neraka) nanti!"

Deep.
Tertusuk bila mana hati kian lalai.

Aku dapat bezakan antara mereka.
Semuanya datang dari dalam, 
spesifiknya hati.
Ke mana mahu pergi?
Bagaimana mahu pergi?
Dengan siapa mahu pergi?
Hati yang tentukan.

Dan sahabat yang baik
akan banyak membantu.

Sepanjang perjalanan juga 
aku melihat update update sahabat lain melalui instagram.
Penuh dengan gambar sepelusuk dunia.
Cemburu.

Dan beberapa rentetan peristiwa yang menegur aku secara halus, buat aku ingin berkongsi.

Benar, bukan semua perkara perlu diupdate di laman sosial
kerana bukan semua orang beruntung seperti kita.
Bukan semua orang dapat bersyukur dengan apa yang mereka ada
terutama mereka yang punya penyakit dalam hatinya.

Refleks diri.
Aku juga sentiasa update segala.
Aku juga masih jeles dengan keberadaan orang.
Dan aku juga masih masih tidak bersyukur dengan nikmat tuhan.

Refleks diri.
Untuk apa setiap post dilontarkan pada asalnya?
Jika tujuannya untuk keluarga, 
maka tumpukan hanya pada keluarga di ruangan yang betul.
Kerana daripada mengubati hati dan mata orang lain yang sakit,
lebih baik ubati mata hati kita dahulu.
Perbetulkan niat.
Bersihkan hati.

Bantu orang lain dengan menahan kehendak diri.

Sifat rasulullah yang sangat besederhana dalam setiap perbuatan,
masih tak dapat diaplikasi dalam kehidupan.



Di mana aku?

Masih dalam pencarian diri yang 'hilang'.



alhamdulillah untuk segala musibah.
alhamdulillah untuk segala nikmat.


#refleksdiri




Nota kaki: Travel sesorang macam sekarang (dalam train duduk sesorang update blog) buat aku puas! 
sebab banyak benda dapat dicerna sambil tengok bumi tuhan + hirup teh panas. Kalau hujan rahmat turun ni, lagilah mantop (Y) 

Imma happy kid! :D



Apr 22, 2014




Jalan diteruskan hingga ke satu lagi persimpangan.
Antara idealistik atau realistik,
aku buntu.

Siri siri kisah berlaku
sebelum aku tiba di persimpangan,
persis sudah dirancang.
Dirancang Tuhan.

Kisah kisah ini banyak yang menyentakkan,
membuat aku sedar akan realiti sebenar,
realiti yang selama ini aku lari darinya.

Mungkin persimpangan lain yang patut aku pilih,
bukan lagi persimpangan ideal yang aku sendiri angankan.

tapi masih aku buntu
dan pada Tuhan aku rebahkan.


-pasca easter





Apr 18, 2014




Kalau ini yang terbaik,
mohon dipermudahkan.



Apr 1, 2014

urusan atau alasan?

Assalamualaikum!


Umur 20an.
dalam lingkungan umur yang mana perkahwinan menjadi topik hangat untuk dibincangkan.
Umur di mana perasaan kasih sayang antara dua jantina hangat membuak.
perasaan fitrah.

namun di antara lelaki dan perempuan islam yang bukan mahram itu
wujudnya ikhtilat.

Apa itu ikhtilat?
bahasa mudahnya ialah adab percampuran antara lelaki dan perempuan.
untuk apa sahaja urusan
yang melibatkan lelaki dan perempuan bersama-sama,
di situ adanya adab yang perlu dijaga.

adab-adabnya mudah untuk disebut;
jaga pandangan bagi si lelaki terutamanya,
jaga percakapan bagi si perempuan,
jangan buka pintu fitnah bagi kedua duanya.

mudah!

tetapi berat dan seringkali tersasar dari perbuatan amal secara realiti mahupun di alam maya,
terutama bagi kenalan yang sudah lama rapat.
Atas nama "selesa",
sama rata tindak tanduknya antara dua jantina.

syaitan itu caranya halus.
pastikan kita sentiasa dalam keadaan sedar!

Kenapa Islam menitik beratkan ikhtilat?
Terutama untuk para remaja Islam?

Bermulanya seseorang itu baligh,
dia sudah dilabel sebagai dewasa setaraf dengan pakcik yang berumur 21 tahun dan ke atas,
walaupun usia balighnya baru di bangku sekolah.
Dia sudah dipertanggungjawabkan atas dosa pahalanya seusai dia baligh,
seperti orang dewasa yang lain.

Ikhtilat dititikberatkan
untuk menyedarkan kita tanggungjawab asal kita di bumi,
bukan sekadar untuk melunaskan hawa nafsu, memenuhi fitrah
tetapi tujuan yang lebih besar sebagai khalifah.
Supaya diri tak disibukkan perkara lagha berlainan jantina, 
hingga lupa tanggungjawab.
Tanggungjawab yang bermula seusai baligh.

Antara akal dan nafsu.
Ikhtilat itu ada,
untuk menjaga, untuk sedarkan dan mengfokuskan tujuan kita.




Islam sangat mendewasakan remaja-remajanya,
agar mereka dapat bergerak matang dalam setiap aspek kehidupan.

Maka tanyalah diri,
adakah berlaku sesuatu percampuran lelaki perempuan itu
disebabkan urusan ataupun alasan semata mata?







#jauhizinahatikepalamatatelingatangankakimulutbadan