. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Feb 24, 2014




Hidup.
penuh dengan perasaan.

bila gagal peperiksaan,
aku ingatkan waktu aku berjaya.
aku ingatkan rezeki yang ku terima berbanding orang lain.
Ah, apa salahnya sekali gagal?
agar sedar siapa aku sebenar.

bila rindu ibu,
aku ingatkan mesej mesej seharian dengannya.
aku ingatkan teman teman yang kehilangan.
Ah, apa lah sangat perasaan itu jika nak dibandingkan mereka?
sedang aku masih punya peluang bergurau mesra.

bila menghadap makanan bukan kegemaran,
aku ingatkan rezeki ilahi.
aku ingatkan anak syria yang menagih daging.
Ah, siapa aku kerana mahu mengadu?
sedang aku masih punya rezeki untuk sehari hari.

bila ketemu teman menjengkelkan,
aku ingatkan kebaikannya.
aku ingatkan ini tarbiyah ilahi. 
Ah, kenapa perlu bermasam muka?
sedang itu bukan caranya.

bila diri ditimpa ujian,
mengeluh ada hadnya.
kita bukan berseorangan.
Allah kan ada?

:)









Feb 20, 2014

fatigue crack yang sedih.



Sedih bila part paling best terjadi dan aku sebagai watak utama takda!
bunyi macam poyo tapi
hmm..memang poyo jugak laa.

Saat yang semua orang tunggu tunggu,
perasaan dia macam tunggu baby nak lahir, di luar labor room; full of excitement!

tapi perasaan aku sekarang macam perasaan ayah yang terlambat beberapa minit selepas anak dia lahir, 
yang terlepas saat saat getir kelahiran anak dia, 
yang tak dapat kongsi perasaan excited tu bersama orang orang lain di luar labor room!
semuanya disebabkan dia sampai beberapa minit lambat di luar labor room selepas doktor sahkan anaknya selamat dilahirkan; 
Aaarggghhh penyesalan sepanjang hayat!

ok stop!
Kes aku tak la sampai tahap tu tapi perasaan yang aku rasa macam tu laa.
Sedih bila saat tu tak dapat diulang,
sedar sedar kawan aku hantar gambar ja specimen projek aku patah; saat dimana semua orang ternanti nanti!

dan tu projek aku.
tapi aku sendiri tak dapat tengok dia patah!!!
aku terlepas the best part, the excitement~
TT. TT 
You know how sad my life is?




sedih.



Feb 18, 2014

 



sebab kita tak tahu masa depan lah
kita kena banyak banyak berdoa.
doa masa depan kita, keturunan kita
sentiasa terjaga di tangan Allah.

bila fikir, jadi takut.
kalau tak fikir, lagi menakutkan.

banyak kerja kena buat.
banyak benda kena perbaiki.
diri sendiri.
kerabat.
kawan kawan.
Malaysia.

perasaan tu.
perasaan tak attach dengan Malaysia,
kena buang jauh jauh.
sebab Malaysia perlukan ramai orang
yang matang dan ikhlas.


#Islamforall





Feb 14, 2014

Diary-of-the-day.



Saling membantu.
Walaupun sesibuk mana anda,
diharapkan dapat meluangkan waktu seketika membantu rakan yang dalam kesusahan mengikut keupayaan anda ketika itu.

Mungkin juga kesibukan anda akan dilapangkan dari pelbagai sudut
atas keprihatinan bantuan yang anda hulurkan.

Allah maha tahu untuk segala niat
dan balasan nikmat.

:)




Feb 2, 2014






me miss you.
So much.

moga Allah panjangkan umur ini dan umurnya, agar kita dapat bersua muka.

:'|



#homesicktibabilabanyakkerjadalamkepala