aku: hello ibu
ibu: ya, dok buat apa?
aku: xbuat apa..hmm, ibu, result da kuaq rini
ibu: ya? so camna?
aku: emm, alhamdulillah ok. . .
ibu: alhamdulillah! belaj..
aku: tapi..tapi fail satu subjek.
ibu: . . .
Gagal.
sesuatu yang paling ditakuti untuk dihadapi oleh setiap manusia.
kerana sudah fitrahnya untuk setiap dari kita merasa menang.
kalau bukan dengan orang lain
cukuplah menang dengan diri sendiri.
kegagalan.
sesuatu yang aku takpernah rasa secara jujurnya.
tak!
aku pernah gagal.
tapi jauh suatu masa dahulu.
sehingga aku sendiri lupa bagaimana rasanya untuk kali kedua.
orang yang tak rasa tak akan pernah faham.
dan aku tak mungkin akan faham.
aku hanya mudah untuk berkata
tapi kata kata itu hanya satu alunan
sebab bukan aku yang benar benar berada sekapal denganmu.
kejam aku!
dan sungguh aku takut.
takut untuk gagal.
aku rasa kebanyakan orang macam tu.
siapa suka gagal?
dan aku sudah terlalu lama tak merasa,
sudah terlalu lama aku rasa kita di atas
hingga takut untuk berada di bawah.
terasa takut jika gagal.
macam mana ingin aku hadapi?
mampukah aku?
jika engkau rasa engkau lemah
tidak! engkau sebenarnya salah.
kerana aku lah yang sangat sangat lemah berbanding engkau.
kerana aku tak pernah gagal
dan tak pernah tahu bagaimana untuk bangkit selepas kegagalan.
berbanding engkau yang terus tabah dan mampu berdiri tegak dan tersenyum walau sekuat mana badai menimpa.
sungguh aku lemah!
kejayaan di mata manusia
bukanlah benda apa apa.
setiap manusia mempunyai matlamat berbeza beza.
engkau tahu apa yang engkau mahukan.
tercapainya matlamat, itulah kejayaan!
tidak perlu untuk dibandingkan
kerana matlamat kita berbeza.
**********************************
satu pendapat aku tentang gagal.
lebih specific gagal exam.
secara jujurnya, kita bukan sedih kerana keputusan exam tu.
keputusan tu hanya grade manusia di atas kertas kosong ja.
bukan apa apa.
kita bukan sedih sebab diri kita tak mampu.
hanya sedikit kecewa tetapi
kita kenal diri kita dan kita kenal kemampuan yang kita ada.
kita boleh! kita akan berjaya!
cuma bukan rezeki aku untuk kali ini.
redha.
tapi sebenarnya kita lebih sedih dan takut untuk hadapi masyarakat luar.
keluarga.
jiran jiran.
cikgu cikgu.
kawan kawan.
masyarakat.
apa orang akan kata kalau mereka tahu aku gagal?
mak ayah?
tentu mereka kecewa!
kawan kawan?
mesti mereka compare dan gelakkan aku
masyarakat?
mesti marahkan aku kerana mengsia siakan duit mereka.
sebab itu kita takut.
kalau tanya diri sendiri?
takpa, aku akan berusaha lagi sebab aku tahu aku boleh!!
fikirkan orang lain?
negatif negatif ja yang meresap masuk.
yang membuat kita takut.
4A 1B dalam UPSR.
yang ditanya
B tu apa?
kenapa bole B?
kalau baca buku lagi, mesti boleh dapat A! tu laa, malas lagi.
bla bla bla. . .
lagi 4A macam tak wujud~
yang dihighlightkan B seketul tu jaa.
manusia langsung tak membantu.
setelah puas berbalah tentang kewujudan B
baru tersedar lagi 4A, baru bersyukur dan memberi semangat
tapi masih tak puas.
cukup!
cukup untuk fikirkan tentang orang lain.
fikir apa yang aku nak dalam hidup aku. compete with yourself.
dari memikirkan apa yang mereka akan kata. apa yang mereka nak.
cukuplah.
perasaan membanding bandingkan, jeles
hanya perasaan budak sekolah yang perlu dihentikan!
tolong hentikan anasir anasir itu dari meracuni fikiran semua.
aku da cukup penat untuk semua itu.
sebab bukan kita yang gagal
tapi, dengan memikirkan mereka yang membuatkan kita berasa seolah olah kita gagal.
sedangkan kegagalan itu satu kejayaan. kejayaan yang memangkin diri untuk berubah menjadi lebih baik.
ayuh, geraklah!
"...(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. ..."
[2:185]

