Kau pergi tanpa pamitan, meninggalkan aku bersendirian. Mungkin takdir kita hanya setakat ini.Walaupun aku tetap takboleh terima yang hari hari mendatangku tanpamu, namun ku cuba gagahkan diri juga. Jika dulu, aku bersemangat untuk ke kelas keranamu, tapi kini tiada lagi. Tapi masih hidup aku perlu diteruskan, aku perlu tabah! Izinkan aku untuk terus berjalan dengan bayanganmu di sisi. Selamat tinggal Mathy~
semester dua tanpa kamu.
:'(
Jan 27, 2013
Assalamualaikum!
pusingan itu berulang.
aku ada sepupu sepupu yang meningkat remaja.
dari tahun lima hingga ke tingkatan lima.
hari ini telah ditakdirkan aku jumpa something.
hahhahaha.
macam tak percaya tu sepupu aku,
kat depan punyalah alim alim kucing.
belakang da masuk youtube.
haish
budak budak zaman sekarang~
then, aku budak zaman bila pulak?
-_-''
pada mata aku, depa stil kecik lagi untuk diexpose pada benda macam ni.
ya lah, baru darjah lima.
muda lagi kot.
tetiba aku terfikir,
aku 10tahun dulu macam mana?
masa aku umur 11tahun dulu, apa perasaan aku?
dan sekarang aku unofficially 21.
apa perasaan aku bila tengok "aku" 10 tahun yang dulu?
10 tahun dulu,
aku rasa aku da cukup besar.
rasa teringin nak cuba semua benda yang kawan kawan aku pun buat.
pergi berkelah. keluar tengok wayang. ada handphone.
aku da cukup besar untuk semua tu!
tapi mesti ada ja halangan.
mesti parents & family jadi halangan
dan aku tak faham kenapa?
i just wanna have fun with my friends!
tapi kenapa selalu ja tak boleh.
alasan?
sebab aku kecik lagi.
uuurrrrghhhh, sampai bila?
sampai bila aku akan besar di mata depa??
kini,
bila aku dah berada di level yang sama dengan family aku 10tahun dulu.
baru aku faham
apa definasi "kecik" depa
dan apa yang depa nampak dalam diri aku dulu
macam apa yang aku nampak dalam diri adik adik aku sekarang.
first time aku tengok video sepupu aku tu
aku pun rasa yang mereka tak layak untuk tu,
they are still young.
aku nampak depa membesar, dari lahir sampai sekarang.
dan di kaca mata aku, mereka masih kecil.
baru masuk sekolah
tup tup
depa dah nak amik UPSR (kalau ada lagi la) tahun depan.
cepat masa berlalu~
depa sepatutnya tumpu perhatian kat sekolah!!
bukan buat benda benda lagha macam ni
nah
dan pusingan itu berulang~
aku pernah kecik, dan sekarang aku besar.
aku pernah rasa apa yang adik adik aku nak, dan sekarang aku rasa apa yang family aku nak.
dan aku faham sekarang kenapa dan mengapa semua ini berlaku.
setiap family, mahukan yang terbaik untuk anak mereka
sebab tu mereka sangat sangat menjaga.
ini tak boleh, itu tak boleh.
tapi sebesar mana intelektual budak kecik untuk faham semua tu?
pada mata mereka, perbuatan itu tiada apa yang salah.
so kenapa mereka tak boleh nak buat?
dan alasan yang diberikan klise~
hang kecik lagi.
langsung tak valid alasan tu untuk diterima bagi setiap persoalan yang ditimbulkan.
aku rasa tak sepatutnya kita halang kreativiti budak kecik ni.
kalau bukan sekarang untuk mereka mengembangkan bakat, bila lagi?
kenapa kita perlu jadi sebab untuk bakat mereka terbantut?
biarkan mereka cuba apa yang mereka mahu cuba
[yang bersesuaian dengan tahap fizikal, emosi dan intelektual dan berlandaskan agama]
tapi dengan bersyarat.
syaratnya mudah.
dengan pantauan berterusan dari ibu bapa/family
sama ada pantauan terangan atau secara sembunyi.
yang mana salah, teguri dan tunjukkan cara yang betul.
yang mana betul, biarkan dia terus melakar kreativitinya.
itu tanggungjawab kita sebagai yang dewasa.
jadi contoh kepada si kecik. fahami mereka dan ajari mereka. jangan pulak biarkan mereka terus hanyut tanpa sebarang pantauan. tu yang boleh jadi benda pelik pelik bila mana family tak jalankan tanggungjawab sebagai pelindung. lepaskan budak kecik untuk fikirkan jalan hidup sendiri. mana mungkin dia boleh dengan intelektual yang ciput tu? applykan win-win situation yang anda pelajari di sekolah dulu!! dan aku, akan selamanya jadi "budak kecik" di mata parents aku macam mana adik adik aku selamanya akan jadi "budak kecik" di mata aku. :)
dan to hariz & harraz, rasa macam nak cubit ja hampa dua!!
hahhaha, eeeeeeee tak padan kecik, da nak glamor.. kakya report maktok n wan!!
taktau la samada aku sorang yang suka buat benda ni
atau orang orang lain pon sama.
bila sedang buang masa kat fb
dan setiap kali aku ternampak pekataan "edited" bawah komen si pekomen
mesti automatik tangan akan tekan dan baca komen yang ditulih sebelum diedit tu.
kalau bukan sebab typo, si pekomen tu selalunya nak tambah something untuk lengkapkan lagi komennya.
aku lebih excited baca komen "edited" dari baca komen komen.
-_-''
dan tetiba aku terpikir something!
why not kita buat satu komen rahsia!! muaahaaha ayat bajet grand ja,hew
yang hanya ditulis sekali ja dan diedit untuk respon respon seterusnya?
pening~ apa hang mengarot ni? -_-
contohnya macam ni.
gamba di bawah ni komen yang biasa biasa anda lihat di mana mana
printscreen post biasa.
tapi sebenarnya, apabila anda menekan "edited"
tadaaa!!
ada perbincangan sulit, kih3
-sila abaikan komen dalam gambar contoh ini.
percubaan ini telah dibuat lama dahulu.
atas sebab niat "sharing is caring", ia telah diwartakan.-
excited kan excited kan excited kaann???!
:D
dengan begini,anda dapat mengelakkan diri dari serangan stalker stalker yang menunggu komen komen anda di ticker newsfeed tu karena komen komen anda takkan diupdate di situ!!
that's ohsem! :D :D
ticker; tempat stalker cari bahan.
tapi macam gamba komen rahsia tu kata, anda perlu selalu refresh kan komen tersebut untuk membaca komen baru dari rakan anda.
untuk itu, internet sepantas arnab diperlukan. hoho.
sekian tips marhaen pada hari ini. semoga bermanfaat dan
selamat mencuba!
:D
ok. kembali buka buku solid dan fluid mechs.
3 more to go! fighting!!
Jan 19, 2013
Assalamualaikum!
benda bosan tapi still nak update.
cardiff ada snow!!!
heh~
memandangkan kedudukan geografi cardiff yang tak berapa nak strategik,
populasi salji (?) untuk turun ketika musim sejuk sangatlah rendah.
hanya tahun tahun yang beruntung ja anda dapat menemuinya.
dan tahun ni cardiff manyak untung lorh~!!
sebab ada aku salji!
muahaha
memandangkan ni pertama kali aku tengok real,
kejakunan yang melampau telah melanda.
dan salji pun sangat pandai memilih waktu untuk turun.
waktu pertama: malam isnin
yang mana keesokan harinya adalah hari pertama paper final exam aku.
waktu kedua: pagi jumaat
turun dalam skala yang banyak
membuatkan adrenaline ku juga merembes keluar dengan banyaknya; excited!
yang mana pada hari yang sama, date aku bersama encik boyfie [read: engineering analysis].
tolong salji, tolong jangan turun minggu depan!
taxi takda kalau u turun minggu depan
dan i tak sanggup nak jalan ke talybont untuk jawab exam.
talybont tu jauh tahu?
tapi .. bukan selalu kan
nak redah dan tengok hamparan putih di bumi Allah ni?