. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Jan 16, 2013

Assalamualaikum!

kehidupan dan manusia.
first impression.
kebanyakan kita akan ada first impression terhadap sesuatu benda.
yang menjadi titik awal untuk meneruskan sesuatu atau hanya setakat berhenti di situ.

dan bukan selamanya first impression akan tetap betul.
mungkin anda pernah juga alami
kekadang kita tertarik dengan sesuatu dengan sekali pandang
tetapi bila kita sudah mengenalinya
dia bukan lah sangat menarik seperti jangkaan kita.

kekadang kita tak pernah kisah pun dengan sesuatu
sampai detik kita perlu deal dengan dia
dan kita mula perasan yang dia bukanlah sebosan yang kita fikirkan dulu.

mungkin benda ni berlaku atas kesalahan first impression itu sendiri
yang mana kita sendiri yang meletakkan satu taraf tertentu kepada sesuatu benda
sedangkan benda benda tersebut hanya berada di level yang sama realitinya.

dan bila sesuatu itu tak memenuhi taraf yang kita letakkan pada awalnya
mulalah timbul pelbagai masalah.

sedangkan masalah itu sendiri yang kita cipta.



Jan 13, 2013

Assalamualaikum!

sedang mengulangkaji untuk final yang akan bermula minggu depan.








dan sekarang aku konfius.
aku ni budak engineering ka medic?
-_-''


tak sangka kita bertemu kembali, musuh lama!

biology. best untuk dipelajari tapi takbest untuk jawab exam.
dan sekarang aku tengah struggling nak revise benda ni untuk exam ari isnin ni.
ya! esok exam, malam ni baru pulun.
bagus la bagus. last minute revision. again.
resolusi tahun baru?
heh~ awal awal tahun da buat perangai lama.


mungkin sebab dia biology.
sedangkan subjek yang lagi dua minggu nak exam, awai awai da cover.
so betullah, setiap perkara yang dilakukan perlu disertai dengan cinta.
kalau tak, macam ni la jadinya. procrastinate.


so kalau tak cinta, kenapa awal awal dulu hang pilih subjek ni sedangkan ni subjek pilihan?
hang ada pilihan kan?


yes.

tapi senior senior aku kata, antara tiga, subjek ni yang senang nak score. 
dan aku tertipu dengan tu.
salah kan depa?
tak, salahkan diri sendiri. sebab pilihan kat tangan aku.
orang boleh suggest apa apa ja, tapi still, pilihan kat tangan aku.
so no point for you to blame others on the decision that you made. the wrong decision that you made.
salahkan diri sendiri yang tak tetap pendirian! yang hanya ikut arus.


memang pada mulanya, aku nak amik subjek manufacturing
tapi disebabkan subjek tu kedengaran sangatlah mekanikalnya
dan keberangkalian untuk dikelilingi dengan lelaki amat amat lah tinggi.
so hajat dilupakan walaupun aku sangat minat nak amik subjek tu.
dan sekali lagi, salah aku.

sepatutnya aku teruskan dengan niat tu. kuasa cinta dapat mengalahkan segala galanya!! peerghh
maksudnya, kalau hang da minat gila something, automatically hang akan sanggup hadapi semua risiko yang mendatang dan bersedia untuk semua risiko. tanpa sebarang penyesalan.
 so just go on ja even jarang orang buat.


ilmu tak mengenal jantina. kalau niat dari awal betul, insyaAllah semua akan terlindung.
so alasan aku untuk menolak subjek manufacturing hanyalah alasan. da kos mechanical engineering, mana mungkin akan pupusnya lelaki dalam kos ni. 


so sekarang menderitalah dengan biology.
setelah puas mengadu domba, ni konklusi mak aku:
  • semua ni ada hikmah.
  • lain kali jangan ikut orang, ikut pilihan hati. apa yang kita nak.
  • jangan salahkan orang lain. sendiri yang pilih, sendiri yang tanggung. sila betanggungjawab habiskan benda yang hang da mulakan.
  • lepas lepas ni, jangan buat dah macam ni.
  • minta ilmu tu dekat Allah. Dia akan bagi.
selepas ditarbiyah oleh puan suraya, maka terbukalah notes biomechanics dengan redonya. hoho.

dan sebenarnya, bukan la teruk sangat pun belajar biomechanics.
atleast, hang jumpa juga dengan "manusia" dari 24jam bermesin.




1st exam.

Assalamualaikum!


mungkin sebenarnya doa kita termakbul disebabkan 
termakbulnya doa orang lain ke atas kita.

mohon doakan kami.
:)


Jan 7, 2013

Assalamualaikum!

ok, ni totally awkward!!
flatmate aku, namanya Gift ,yang aku baru add as friend di facebook.
sudah jadi kebiasaan bila aku ternampak kekawan dalam facebook share ayat dari Quran.
dan harini aku terjumpa satu ayat best dalam Quran, yang menembak aku sendiri sebenarnya. tima kaseh Allah!! :D

ayat ni
"..Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya)." [2:221]


dan aku pon berlegar legar di facebook seperti biasa. 

news feed kan cepat mengupdate.
tetiba aku ternampak post si Gift ni.
nah! sekali keluaq ayat dari bible dia update.
hahah, macam pelik lak aku rasa.
aku tau la dia ni sort of warak dalam agama dia.
tapi tak sangka sampai tahap suka post ayat ayat kitab dia jugak.

hmmm, maybe i should post english translation of Quran verses instead of the malay one?
Let's dakwah!! :D

Jan 4, 2013

Assalamualaikum!

money is something, but not everything.

ramai yang bersetuju dengan ayat ni
termasuklah aku.
yup, duit bukanlah segala galanya dalam hidup ni.
perkara mudah untuk diungkapkan aku.


sampailah satu saat.
bila aku diuji dengan kenyataan aku sendiri,
diuji dengan ujian Allah yang satu ni; kekurangan harta.
bahasa mudahnya, aku ada duit yang tidak mencukupi untuk meneruskan kehidupan sehari harian.



ni duit dalam akaun bank.
 manakala the only cash yang ada dalam dompet aku tika ini, hanyalah £20.
tu ja! 
£27.81

haaaaaaaaa! tulah, jalan lagi merata alam, tak berjimat! last last sekali ni la padahnya. 
ish ish boros~

tapi masalahnya, sebelum p spain lagi, aku hanya ada £40 dalam akaun bank. 
so bukanlah bercuti jadi puncanya.
yup, £40 dan hang tersedar yang minggu depan hang perlu jugak ke spain atas sebab dah beli tiket awai awai bulan oktober dulu.
tiket yang dibeli bukan murah untuk senang senang ja aku batalkan perjalanan ni.
bukan ja sekadar tiket ke spain, malah tiket ke ireland pon da siap dibeli!
tapi dalam akaun bank masa tu?
£40 ja ada?
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

nak p spain pon still perlukan duit.
kalau tak, aku nak makan apa?
mesti nak gak beli something kat spain.
duit tambang nak berjalan lagi.
atleast kena ada €100 paling minimum.
tapi seratus euro datang dari beberapa keping puluhan pound.
masalahnya aku hanya ada 4keping £10?

ottoke?

kekawan!
pinjam kekawan!!

aah, tak mungkin aku akan berhutang semata mata untuk melunaskan nafsu bercuti aku.
tu cari masalah tambahan namanya.
lepas seronok seronok, balik kena ngadap tanggungan hutang pulak.
dah masalah duit takda, pahtu  nak bayar hutang lagi!
no no no!!

lagipun, hutang boleh memutuskan persahabatan dua sahabat karib.
tak mungkin aku akan guna cara tu untuk kepentingan diri sendiri.
berhutang ialah solution terakhir aku.

pikir otak pikir.

ibu ayah!
ya, ibu ayah! minta tolong ibu dengan ayah, suh depa bank in duit. hoyeah!!

takmungkin sama sekali!!
1st, hang nak p berjimba. sebelum tu hang da boros, takreti nak berjimat.
tetiba nak kol ibu ayah minta duit tampungan lagi?
tak malu?
no no no!!
hidup jangan bebankan orang, tambah tambah ibu ayah.
+ aku taksuka risaukan depa.
dan sebenarnya, sampai detik ni, parents aku taktau masalah aku ni! gigih gila takmau bagitau. huu

CIMB!!
dan akhirnya, kepingan kepingan pound dikeluarkan dari akaun bank cimb aku di malaysia.
kadar pertukaran agak tinggi tapi disebabkan keadaan yang sangat menghimpit
ini sajalah solusi yang terbaik dapat aku fikirkan.
nasib dulu kat malaysia, aku diarahkan berjimat cermat dengan elaun bulanan mara yang diberikan. 
ini rupanya hikmahnya. 

dan perjalanan ke spain dan ireland diteruskan.
dan alhamdulillah semua berjalan lancar.
tiada adegan muntah muntah sebab takcukup makan~

sungguh, tak mudah sebenarnya bila difikirkan masalah wang yang menghimpit. 
satu kerja pun tak boleh dibuat bila tiada duit. 
even nak berfikir dengan waras pun susah.
nak gerak sikit pun, da guna duit.
 tika ni jugak emosi akan teruji. 
kredit fon takda. nak topup takbole.
baju kotor banyak nak basuh. nak topup card laundry takbole.
detergent, sabun mandi, barang dapur habis. nak beli pekakas harian takbole.
nak keluar berjalan dan bershopping di boxing day lagi lagilah jauh sama sekali.
but still i managed to have two new t-shirts on that day!!
 :P

gerak sikit, duit.
serabut!!
sangat sangat serabut bila kita diuji dengan duit.
dan barulah aku sedar betapa pentingnya duit dalam kehidupan seorang manusia itu 
dan bagaimana harta kekayaan bole membuatkan manusia lupa lagi alpa
sebagaimana Qarun.

tapi masih, duit bukanlah segala galanya dalam kehidupan ini.
sepanjang ujian ini, aku perlu bersabar dan stay +ve.
sesungguhnya aku sedang diuji.
dan setiap ujian, perlunya kita untuk bersabar.
bukannya mudah putus asa dan serabut emosi.

stay positive.
tapi gimana sih?

satu ayat yang aku sentiasa ingatkan diri sendiri setiap kali hati dijentik kegelisahan atas ujian ini.
selagi hang tak mati, rezeki Allah untuk hang akan sentiasa ada.
dan alhamdulillah, walaupun kekurangan duit
aku tak pernah pun kebuluran walaupun sehari sepanjang tempoh lebih kurang sebulan ni.
setiap hari mesti ada ja rezeki Allah untuk aku.

dan ni semua berlaku pun atas kesalahan aku sendiri,
yang lambat cash in kan traveller cheque :P
dah nak dekat habis duit cash, baru tergedik nak tukar traveller cheque [november].
yang kedua, aku tak cash in kan sendiri. aku biarkan bank yang uruskan proses tu,
yang membuatkan proses tu mengambil masa selama 4-6minggu.
dan salah bank yang tersilap masukkan duit tu dalam akaun orang lain.
 akhirnya membuatkan aku kekurangan harta walaupun setelah lebih dari 6minggu menanti.
yang merupakan salah satu penyebab aku menerima ujian ini.

so moral of the story: 
sila rancang kehidupan anda dengan teratur.
- jangan buat kerja last minute.
- amalkanlah sikap suka menabung.
- bersabar dan stay positive dengan ujian Allah.
- bersyukur untuk semua benda.

:)




next test: final exam!