alhamdulillah. selesai sudah satu minggu.
so far semua ok, alhamdulillah.
subjek untuk autumn semester aku:
- solid mechanics
- engineering analysis
-materials and manufacture
- fluid mechanics
-design
-biomechanics
solid mechanics
setakat ni best la sebab da belajar topik tu kat IPROM dengan ayah shang dulu :P
so walaupun accent Prof. Borodich tu agak susah nak faham,
aku enjoy ja :)
tambah tambah kalau ada pembantu dia, Dr. Kawashita <3
memang focus 1000% :P
![]() |
| Luiz Kawashita :D |
engineering analysis
hmmm, nama grand gilaa!
tengok tengok Mathy rupanya~ <3
bila first first time tengok senarai module, aku gelabah sebab tak jumpa langsung mathematics yang disayangi, huhu
rupanya da tukaq nama bila sampai cardiff, haha
so far ok la belajar fourier analysis suma tu
walaupun agak pening lalat + accent "english yang dijeponkan" oleh Dr. Kensuke Yokoi @.@
tapi disebabkan cinta yang mendalam kepada Mathy
lautan api sanggup ku renangi~~ <3
hoho
materials and manufacture
hohoho, masuk kelas ni tetiba teringat aioi :P
seriously mengaaaantook gila, huhu
sepanjang kelas untuk seminggu ni, aku dengar khutbah ja.
khutbah tentang materials.
*yawning*
fluid mechanics
baru belajar continuity and bernoulli's equations
ulang balik apa yang george ajar dulu
quite ok la setakat minggu ni
sebab tak masuk benda benda pelik lagi, hoho
tapi satu yang best bout FM kali ni, lecturer yang ajar ni agak slow dari george. hihi
mungkin jugak sangat slow, sampai aku ngantok? huhu
or memang masalah aku sendiri yang suka sangat nak tido? -_-
design
nama pon design, so kena design laa
kelas ni akan carry untuk both autumn & spring sem
so agak tough la kot
hoho
dan kami da dibahagi kumpulan
kumpulan aku 5 orang; aku, tom, james, ailsa, tin
semoga Allah permudah. hoho
biomechanics
optional module aku.
dan sampai sekarang aku tak paham kenapa aku pilih module ni instead of computing II and manufacturing systems design, huhu.
senior aku cakap antara tiga ni, biomechanics paling senang nak score
just perlu baca, hafal then muntahkan dalam exam paper
senang!
tapi aku tak suka baca+sangat alergik dengan biology!! huhuu
biology + mechanics = biomechanics; tentang sistem dalam badan manusia.
memang muak laa, huhu
tambah tambah, kelajuan pertuturan Dr. Theobald yang 120 w/s (read: words/second) tu buat aku menganga ja~
dan sekarang dalam proses merancang strategi nak menghadapi enam subjects yang sangat best ni.
hopefully semuanya dipermudahkan oleh Pemberi Rezeki.
enjoy! :)
