. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Jul 26, 2012

Assalamualaikum!


sehari selepas status ni dikeluarkan, dia meninggal dunia.


sungguh, dia takda dalam senarai friend fb aku, aku tak kenai dia.
tapi status ni cukup terkesan.
dan untuk dia, Al-fatihah.






sungguh, kita dapat rasa saat kita tiba?



Jul 23, 2012

Assalamualaikum!




"Patutkah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan 
sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; 
padahal kamu semua membaca Kitab Allah,
 tidakkah kamu berakal?" 
[2:44]



Jul 18, 2012

me? but why??!

Assalamualaikum!

kenapa aku yang dapat macam ni?
kenapa aku ja yang jadi macam ni?
kenapa aku kena tanggung semua ni?
kenapa aku?
kenapa?
kenapa?


persoalan kenapa tak akan pernah berhenti mengekori kita.


dan untuk setiap persoalan 
kita desak inginkan jawapan
terutama bagi soalan soalan yang tiada jawapan khusus dari pemberi soalan.
sebagai contoh, takdir yang berlaku atas diri kita. yang bukan kita minta sebenarnya.
no specific answer.
buat kita bertambah tak mengerti
dan selalunya orang hanya suruh bersabar bersabar dan bersabar
dengan benda yang terjadi tanpa mampu untuk memberikan jawapan yang diingini.
depa cakap "setiap perkara ada hikmah, bersabar."
tapi sampai bila?


bila hikmah tuh nak keluar?
sampai bila aku nak sabar??


dan persoalan lain pula muncul
buntukan segera hikmah yang dijanji
tanpa fikir kelakuan diri dalam menghadapi situasi tersebut.


dalam kedegilan, kita turut.
kita tetap bersabar tanpa kita sedar,
melalui kisah yang terlakar.


sampai satu point
kita tersedar, 
yang aku dah lalui semua tu
dengan berjaya!
wow!


dan kita tersenyum sendiri
terasa manis saat itu.
saat jawapan diterima, tika sudah lupa persoalan dulu.
dan yang paling manis, 
bila kita sedar hikmah+extra ganjaran yang kita turut dapat dari kesabaran.
itulah jawapan yang aku buntu!

bersangka baik dengan Allah.
Allah kenal ciptaanNya, dan apa yang Dia berikan adalah untuk kebaikan kita semata.
dan setiap ciptaan Allah adalah berbeza setiapnya
dan perlu menghadapi ujian yang berbeza beza mengikut kemampuannya.
sebab Allah kan Maha Adil
so tak mungkin Dia akan bagi sesuatu yang tak mampu untuk ciptaanNya
sebab Dia lebih tahu.


fair enough? nahh




mungkin aku tak sekuat depa yang lain untuk menghadapi cabaran di luar
jadi, Allah kuatkan aku dengan bagi aku rasa dulu cabaran tu kat dalam
supaya aku bersiap sedia dan mampu nak hadapi di luar sana kelak.
sungguh, Allah tak penah tinggalkan aku sendirian.


depa yang lain da kuat dari aku, da cukup bersedia dari aku
sebab tu depa boleh terus hadapi semua tu diluar.
tapi untuk aku, Allah takdirkan yang lain.
dan semua tu untuk kebaikan aku.
comeikan Allah?


aku hanya perlu sabar. sebab aku yakin semua benda ada hikmah.


dan hikmahnya, aku bukan lagi aku yang dulu.
plus extra ganjaran; aku ada kawan perempuan sebatch, seniors yang sama kos, dan kawan baru yang sama agama,bangsa,jantina,kos,tahun pengajian, 
sedang menanti aku kat luar sana.


jadi untuk apa aku persoalkan kenapa pada awalnya?
sedangkan hikmahnya ada
hanya perlu bersabar.


paling penting, kamu akan sedar betapa dekatnya kamu dengan Dia pada akhirnya
dan sebenarnya itulah yang Dia mahukan dari kamu pada awalnya.
jadi, bersyukurlah dengan ujian. 
sebab ujian itu manis pada dasarnya.
 :D









#entri ni sebenarnya ditujukan buat junior yang menerima nasib yang sama dengan aku di iprom.
 chill sis! explore dan kamu pasti akan jumpa. 
:)








.bertuah.


-materialistik-

Assalamualaikum!

manusia itu materialistik.


tak setuju?
terpulanglah.
ni hanya pendapat aku.


teringat satu kisah
yang menunjukkan betapa materialistiknya semua orang
termasuk aku.
:P

hari hari tu,

aku becuti dengan kawan kawan dekat satu pulau.
satu petang tu, kami nak pusing pusing sekeliling pulau
dengan naik sebuah bot yang tak bapa nak besar
(aku xtau nak panggil bot ka perahu ka sampan actually)

semua orang da naik

then tinggal dua orang lagi kawan aku
sorang tuh bergalaskan beg, otw nak langkah masuk bot

dengan tiba tiba nya
bot tu terundur kebelakang akibat pukulan ombak
dan kami pun melihat la akrobatik percuma dari sahabat aku sorang ni
kih kih kih


tergantung sebelah kaki dia kat bot
dan sebelah lagi kat dalam air laut!!
serius lawak!!
sorry balah, sampai skang aku tergelak bila teringat tu :P



dan yang materialistiknya
semua orang just amik tahu tentang beg kat belakang dia tuh ja!
"weh weh weh, beg BEG!! cepat amik beg!"
tanpa langsung pikir untuk cuba mengangkat balah dengan free show nya~


hehe, sorry again.


and kisah tuh end up dengan balah jatuh dalam air
dan beg dapat naik bot dengan selamat.


materialistik kan?


tapi kenapa macam tu ea? maybe sebab barang barang dalam beg tu mahal dan sangat berharga dan sangat susah nak dapat dari nyawa manusia kot? 
aku terfikir.


mungkin orang akan cakap, mesti la nyawa manusia lagi bernilai dan lagi penting.
tapi kebanyakan kita akan fikir barang dulu dari orang, kan?
dan kebanyakan kita akan bertindak untuk selamatkan barang dulu dari orang mengikut keperluan situasi.
kalau situasi tu macam agak selamat, biar ja la kat orang tu untuk selamatkan diri sendiri,
asalkan barang barang aku selamat!
fuuh~


even kalau emergency pon, macam kebakaran
kita still akan fikir barang apa untuk di grab instead of siapa aku nak grab dulu
kan?


tanpa kita sedar yang nyawa manusia tu tak boleh dibeli di lowyat mahupun mudah.com







Jul 11, 2012

itu ini, begitu begini

Assalamualaikum!