. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Mar 29, 2012

Assalamualaikum!

Fokus- keadaan seseorang yang berada dalam bulatannya sendiri; hanya dia, dan benda yang difokusnya. 
                   -definisi Kamusotaksendiri

setiap orang rasanya setuju dengan maksud di atas kan?
ya! setiap orang. aku yakin.
kalau tak pon, aku tetap yakin jugak. 


akan lupa seketika anasir anasir disekeliling, setiap dari kita
bila berada kita dalam bulatan kita sendiri.
betapa dahsatnya kuasa fokus!
mai la lelaki sehensem adi putra pon,
fokus tetap fokus!
-serius memerlukan iman yang sangat kuat ! !-


sampai kadang kala,
pertanyaan pertanyaan orang luar
yang masih didengari
hanya seperti angin berlalu.
tiada reaksi.


bukan sebab terhadap soalan soalan tersebut, tiada jawapan
tetapi disebabkan kita yang berada dalam bulatan kita sendiri
menyebabkan masuk telinga kanan, soalan soalan itu, keluar telinga kiri.
tanpa jawapan.


biadap.
mungkin begitu kelihatan bagi orang yang sedang berada dalam bulatannya
yang tidak mengendahkan orang sekeliling.
tetapi itu kuasa fokus!
orang itu, jangan salahkan
kerana kamu yang bertanya tidak pada masanya.


ekspresi fokus itu banyak.
berkerut.
berkhayal.
tenung sampai tertido.
banyak sangat!
tapi untuk kita memasuki bulatan kita sendiri, begitulah caranya
dengan berkuncikan ekspresi wajah.


fokus = khusyuk
benda yang sama
diapply pada keadaan berbeza.


untuk masuk ke bulatan kita sendiri,
perlukan hati dan akal yang selari
baru kita boleh masuk ke dalamnya dengan berjaya.




fokus; menajamkan yang kabur.










kamu faham dengan ayat ayat indon di atas ini?
tidak?
cuba fokus sekali lagi.





Mar 26, 2012

retis korea comei?? huahuahua~

Assalamualaikum!



hew hew hew~

Mar 22, 2012

tahniah~!!

Assalamualaikum!

tahniah kepada semua candidates SPM 2011 atas result result yang gila gempak!! :O
hebak hebak suma..



terutama kat junior aku
weh bangga gila dengan ang, sis! :D
pecah rekod sekolah!!
sekaligus merealisasikan misi sekolah
"SMK Penanti unggul dan gemilang menjelang 2012."



7A+ 3A bhaaii~


TAHNIAH yana!!


benda nih mungkin benda biasa bagi sekolah sekolah lain kat malaysia
tapi bagi sekolah aku yang ceruk mana entah n bila diberitahu nama sekolah tentu refleksnya
" ha?"

"sorry, sekolah mana tadi?" 
"err, ulang sekali lagi bole. . . "
keputusan nih da cukup membanggakan :)








# doakan famili aku selamat sampai, sihat dan selamat pulang dari Makkah. 






sujud syukur.



Mar 15, 2012

"lepaskan aku!!"

Assalamualaikum!

"aku tak suka haiwan bersangkar!!"
tetiba perasaan tu wujud. . .


aku tak suka tengok haiwan yang dibela dalam sangkar
kesian. . .
naluri setiap benda bernyawa mahukan kebebasan
tapi tekurung dalam sangkar
mana bebasnya?


perasaan ni wujud bila terpandang jenny
siaaan jenny, tiap tiap hari berlegar dalam kotak berjaring yang tak sampai dua kaki lebarnya tu
da penat berpusing dalam tu, jenny tidur.
kebosanan.


aku harap jenny dapat hidup lama~


mungkin situasi kami sama
kesorangan yang kadangkala pamitkan perasaan bosan.
tapi jenny, "sangkar" aku besar.
aku tetap ada kawan.
kau, kawan pon takda,
bunyi pon tak bole
sunyi. . .


ya! bela haiwan dalam sangkar kejam sebenarnya.


kita marah dengan isu palestin, iran, syria yang mahu kebebasan,
tapi ditindas oleh pihak yang kejam.
israel!
musuh utama umat islam.


tapi sedarkah kita?
kita ialah "israel" bagi haiwan haiwan kecil ini yang bersangkar?
mana ehsannya manusia terhadap haiwan sebagaimana dituntut?
kerana mereka tidak difahami dan mungkin bisu bagi kita,
tidak bermakna mereka suka dikurung.
bebaskan mereka!
mereka juga mahu menjelajah bumi ALLAH
walaupun tidak sejauh mana.


sabar ya jenny.




jenny, si roomate baru 










freedom.


Mar 7, 2012

close your eyes, can't u?

Assalamualaikum!

merayau rayau di news feed fb, tejumpa status seorang kenalan unknown:


Wahai para wanita, tahukah anda bahwa:
1) semakin banyak pandangan lelaki yang tergiur denganmu, semakin bertumpuk pula dosa-dosamu
2) semakin sang lelaki menghayalkanmu..semakin berhasrat denganmu maka semakin bertumpuk pula dosa-dosamu
3) jangan kau menyangka senyumanmu yang kau tebarkan secara sembarangan tidak akan ada pertanggungjawabannya kelak!!! Bisa jadi senyumanmu sekejap menjadi bahan lamunan seorang lelaki yang tidak halal bagimu selama berhari hari apalagi keelokan tubuhmu
4) jika kau menjaga kecantikanmu dan kemolekan tubuhmu hanya untuk suamimu..maka kau kelak akan semakin cantik dan semakin molek di surga ALLAH
5) jika tidak, maka ingatlah itu semua akan sirna dan akan lebur di dalam liang lahad menjadi santapan cacing dan ulat..dan di akhirat kelak, bisa jadi berubah menjadi bahan bakar neraka jahannam!


duusshh!
duusshh!
duuushh!!
-m a t i-


tolong jangan tengok aku.
aku jaga diri aku.
kau juga jangan tengok aku.
kita saling menjaga.
tolong?


risau.


nice man.




# kita takmau tengok orang yang kita sayang kena humban dalam neraka kan?
   so lindungi mereka dari terhumban.












perempuan cantik itu tidak memandang dan tidak dipandang.