belayar layar di youtube. dari semalam hingga sekarang. entah, rasa macam tak da mood nak start ngadap buku. biarlah~ penat aku rasa belajar untuk exam. macam tak ikhlas langsung.
semalam tengah layan layan lagu kat youtube. aku tejumpa satu video. video yang dibuat oleh budak budak MRC asasi IIUM 2010/2011 iaitu budak budak satu batch dengan aku suatu masa dulu. and guess what? one of them in the video is my ex-classmate!!! wow! so impressive. walaupun aku kenal dia kurang lebih sebulan tapi cukup cukup membuat aku mereflekskan diri sendiri bukan dia sorang ja brother yang memberi kesan pada aku tapi jugak sisters sekelas aku diwaktu dulu. mereka banyak berubah. berubah ke arah kebaikan. cantiknya mereka.
nih videonya:
isu yang dibincangkan klise, aurat wanita dari pandangan lelaki. banyak benda dari video nih yang buat aku tersedar
antara salah satu benda yang buat aku termenung lama pabila aurat itu bukan hanya sekadar meng-cover apa yang sepatutnya dicover tetapi ada kena mengena dengan muamalat
jika aku menutup aurat tetapi batas pergaulan, suara, pandangan tidak dijaga. itu tidak menunjukkan hikmah menutup aurat sebenarnya. dan kehidupan aku selama 5bulan kurang lebih disini membuat aku lebih resah. teruknya aku.
"aurat itu sendiri menunjukkan satu lambang peribadi muslimah sejati, yakni pabila dia menutup aurat, secara tidak langsung pergaulan percakapan pandangan nya turut terjaga."
tapi aku? aarghh, semakin merudum! lalai! dan ini salah satu masalah yang difikirkan aku sejak 5 bulan lepas. cukup kuat kuat bisikan syaitan syaitan itu. iman aku perlu terus bertahan, dibajai.
yang kedua, iaitu 3 fitnah akhir zaman -fitnah malam -fitnah wanita -fitnah dajjal
ku rasa aku sudah terkena fitnah! fitnah pertama iaitu fitnah malam. benda yang tak sepatutnya dibuat, dengan mudah dilakukan. aarghh! bukan salah mereka tetapi diri aku sendiri aku benci dengan aku! mudah terjebak.
berubah. berubah. berubah.
perlu tersangatlah perlu!
kekadang aku terpikir jika setahun dahulu aku mengambil keputusan untuk setia dengan jalan yang diambil tidak berubah kepada jalan yang kini adakah aku begini sekarang?
tidak. jangan salahkan perubahan.
bagi aku, jika keputusan setahun dahulu berbeza. aku rasa aku masih di takuk lama. ya, pesekitarannya islamik tapi jiwa jiwa di dalamnya yang menentu islamikkah dia?
dan aku bersyukur kerana jalan ini dipilih mungkin hikmahnya untuk aku merefleksikan diri sendiri sejauh mana aku telah melampaui batas sedekat mana aku telah kembali ke kaki-Nya. aku sendiri dapat merasakan perbezaan.
kekadang tempat yang tak selamat itu lebih membuat kita berasa selamat.
seriusly, aku takut dengan bayangan sendiri. buntu bimbingan. kerana bayang bayang itu akan hilang pabila cahaya terang menyinari.
lindungi aurat aku dan diri aku dari fitnah akhir zaman ya Rabb.
less is more.
# masalah jiwa sendiri. tiada lebih dan tiada kurang.
sign out blog > shut down lappy > capai notes statics
amazing! seorang kawan yang aku kenal telah membuat sesuatu yang wow! alasan perbuatan itu mungkin tidak munasabah bagi orang lain hanya sekadar ingin membuang habuk yang teperangkap di dalamnya ya! sangat sangat tak munasabah! haha
tapi bagi aku tak! tu hanya alasan bukan habuk sebenarnya yang nak dicari tapi sebuah kepuasan! ya! kepuasan.
kepuasan pabila dapat melakukan sesuatu yang diminati, diingini yang itu lebih bermakna dan aku faham kepuasan tuh sebab tak boleh dikhabarkan dengan aksara. puas. :)