. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Jul 11, 2011

attention please!!

Assalamualaikum!


"Assalamualaikum! Attention! Attention to all residents of Mahallah Khadijah, male technicians will be at all floors. So, please cover your aurah properly, thank you!"
- announcement kat UIAM dulu2..rindu bangat sih!!! :')

Jul 9, 2011

peraturan tetap peraturan!

Assalamualaikum

tadi tengahari, my family n i went to kulim haha,macam nak karang esei BI PMR..tengah kat highway, my mom suh ayah aku slow kan keta sebab takut kena speed trap..


tetiba aku tepikir, napa orang stil cipta kelajuan kereta sampai 200++ km/h sedangkan speed yang paling tinggi boleh guna pon hanya 110km/h? napa perlu cipta kelajuan meter sampai macam tuh sedangkan langsung tak boleh digunakan? kalau dah undang undang cakap 110km/h ja so napa tak cipta meter kelajuan kenderaan tuh hanya setakat 110km/h kan kan kan? 


then tetiba satu idea/ilham telintas kat otak aku!
sama jugak dengan arak!! napa ALLAH tak hapuskan terus arak kat bumi nih sedangkan kita tau yang arak tuh haram? napa arak stil ada kat bumi sedangkan kita muslim tak bole pon minum?  so baik tak payah cipta kan kan kan?


arak wujud kat bumi nih, sebab ALLAH nak uji hamba-Nya yang mana betoi betoi ikut perintahNya dan siapa yang mungkar! yesh!! sebab tuh wujudnya arak..sebagai bahan ujian!! bahan ujian kepada hukumNya! siapa yang nak ikut dan siapa yang nak ingkar!


macam tuh la jugak kewujudan meter kereta sampai 200++ km/h tuh..sebagai ujian kepada siapa yang nak ikut undang undang jalan raya dan siapa yang tidak! hehe
finally, otak aku dapat jawapan!! :D


kuning atau merah?? hanya D U N I A ~




tapi ramai jugak yang ingkar hukum ALLAH, Raja segala raja tanpa rasa besalah~
so rasanya setakat ingkar sikit ja hukum ciptaan manusia yang hina tuh, tak da masalah kot?? HAHAHA :P 


*sila tegur jika ada sebarang kesilapan yang tak sepatutnya, mecih :)

Jul 6, 2011

aku termalu sendiri!

Assalamualaikum!

ehsan google
sebelom melalut jauh, aku nak cakap yang iman aku pon senipis kulit bawang ja, tak layak nak cakap cakap nih..tapi ni hanya pandangan aku..aku lihat, aku memerhati dan dari perhatian lah lahir nya kata kata, tak gitu? so mari terjun ke perenggan di bawah!!


nih bukan isu besaq pon..hanya isu kecik di laman sosial popular-facebook
dari pemerhatian yang dibuat rasa macam dok karang report lab lak,hoho aku sendiri termalu dengan perbuatan sesetengah manusia sekaum aku..awat? depa buat DP tak tutup aurat?? 
aaarrghh, tuh da banyak da entri entri teguran yang dikarang blogger2 prihatin di luar sana..aku hanya mampu membenci dengan hati..depa da belajaq agama kat skola kurang lebih 11 taun..sendiri ingat la aurat sendiri..


tapi yang aku nak citakan kat sini ialah tentang relationship..ya, relationship!! 
lantaklah ampa nak declare satu bumi nih ampa bercinta, sikit pon aku tak amik pusing!! becinta la bagai nak rak pon bukan kredit celcom aku yang habis~
tapi yang aku jadi termalu nih bila kekasih abadi sepanjang hayat nih putus tetiba ditengah jalan..terjunam dalam gaung ka pa, aku tak tau..tak sempat nak tarik b4 putus kot~ :P


tak da jodoh, nak buat macam mana kan? mandi dengan tangisan ja la jawabnya~


tak! tak! bukan cinta yang tak kesampaian  nih yang buat aku termalu!! tidak sama sekali!!
yang buat aku termalu ialah..


1st: ang dah declare satu dunia "in relationship with XY" siap tag nama si kromosom XY tuh segala!


2nd: tak cukup dengan declare status..upload lagi gambar gambar! tak cukup setakat satu gambar kat wall, buat pulak satu album "cinta abadi kami ke surga" surga ke pala hotak? tak cukup jugak! terpampang muka si XX dengan kekasih jantung hati si XY as their DP~ sebesar alam pulak tuh!! haish~


3rd: sebulan relationship..gamba gamba manis bersama diupload tak cukop album..DP sentiasa bertuka menunjuk aktiviti bahagia bersama <3


4th: wall dipenuhi madah madah cinta dua merpati bahagia ke surga~ wekk!!


5th: hubungan masuk bulan ke dua, tiga, empat, liiiiiii...tutt tutt tuut maaf,talian anda terP U T U S ! ! ! 


            *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *


album "cinta abadi kami ke surga" didelete..DP dituka kepada gamba si XX berseorangan..."in relationship" dituka kepada "single" ...wall dipenuhi cacian dan makian bercampur kata kata nista si XX yang kasihan~


keesokan,
 XY was tagged in his own album- " kami bahagia selamanya" 

terpacul di news feed si XX..dengan rakus album dibuka!! uuurrghhhh!! gamba si buaya XY besama cikaro baru! :D dan malangnya bukan hanya XX yang tahu perkembangan terbaru si XY tetapi satu dunia! ya, SATU DUNIA!! this's best bro! best bro!-ayat nabil maharaja lawak


dan si XX? marah? benci? rasa terhina dan dihina lagi menghinakan?  heh~ ada aku kesah?!


hey perempuan XX!! kamu kira malu kamu? malu aku yang satu kaum dengan kamu melihat perbuatan kamu yang agak murahan itu, kamu tak mau amik kira??
weh!! maluuu sioott!  
gamba cinta abdi kau canang sana sini tetiba ilang dari simpanan??
madah madah yang selama nih jadi bukti cinta kau tersemadi baik punyeerr kat wall kau tetiba tuka jadi cacian nista??
status "in relationship" yang kau agungkan tuh tetiba tuka "single"??! putus tengah jalan??!!
seriusly, aku yang tengok rasa termalu..malu dengan perbuatan bodoh tak bijak sesetengah kaum aku~
kerana kamu seorang rosak pandangan orang lain terhadap wanita wanita muslimin yang tak berdosa kat luar sana..remember that!


kat sini bukan aku nak kata siapa siapa, tapi dah banyak kali aku jumpa kat dalam facebook aku kes camnih..ramai kawan kawan FB aku yang terima nasib macam nih..sakit iman woo tengok!


ya ukhti, aku cuma nak bagitau yang kaum lelaki yang bekromosom XY nih tak rugi apa apa pon..tengok laa, kemarin break..harini da ada peganti! yang ruginya kamu, ya kamu!! si perempuan malang!


bukan aku nak hina kaum aku, tapi aku just nak cakap realiti yang aku nampak..sebenarnya aku kesian gila bila tengok kes macam nih..tapi nak buat macam mana bila tuan punya diri pon tak kesian dengan diri sendiri~ tak kan aku lak kalut kalut nak bagi tazkirah? sekali dua boleh la, masuk kali ketiga konfem kena block terus!! hahaha


yesh! betul cakap/pesan ayah aku-
" orang lelaki nih tak rugi dan tak ada kesan apa apa pon kalau berkepit dengan perempuan..memang la dia berdosa tapi tu antara dia dengan ALLAH  la..zahirnya, dia tak terkesan apa apa pon..tapi yang nampak kesannya kat pompuan laa..buat sama sama tapi pompuan yang buncit..laki macam tuh ja la kurus dia~"


betul! aku percaya tuh! kenapa? 
sebab ayah aku pun lelaki! dan lelaki lebih kenai hati budi lelaki kan? tapi ayah aku tak temasuk golongan di atas nih ok!!


sedih weh! serius sedih aku tengok macam ni..aku harap sangat kepada gadis gadis comey sekaum aku, pelish! pelish laa jaga kehormatan anda! aku tak kisah la kalau ampa ampa semua nak berkapel ka apa (seriusly couple tuh haram & berdosa!! tapi ampa pon sendiri dah tau kan? so pikir la sendiri~) tapi tolong la bersederhana dalam perbuatan anda!!


nak upload gamba ka apa, tak kesah lah tapi ingat jugak di kemudian hari..langit tak selamanya cerah kan kekawan? :) so masa depan pon wajib difikirkan!! cinta tuh manis..tapi jangan sampai makan diri sendiri disebabkan kesilapan yang dibuat kamu pada arini..


aku nak mintak MAAF kalau bahasa aku kat atas nih agak kasar..well~ habit perempuan kan suka menyindir~ aku pon tak terkecuali,ngeh2 :P 
aku bukan nak jaga tepi skirt ampa, tapi nih apa yang aku nampak dan perhati..dan dari perhatian wujudnya kata kata..


yes! aku akui, manusia suka menilai..tapi suka menilai orang lain..kurang menilai diri sendiri..aku pon termasuk gak sebab aku kan manusia? hehe..aku tau aku pon penuh dengan kesalahan dan kesilapan, iman aku pon senipis kulit bawang..tak layak nak menegur..tapi ini hanya pandangan otak sempit aku :) 
dan tak kan nak tunggu kaum XY yang alim alim tego kita kot? lagi la betambah malu~ ish2


aku pon tak tau ke depan nanti aku macam mana..nauzubillah, aku mintak simpang dari benda benda macam nih..dan kamu! ya kamu! kamu sangat bertanggungjawab untuk menegur, memarahi, menasihati, menyindir saya hingga ke pangkal jalan jika kamu terlihat saya sudah terpesong dari jalan yang diredoi-Nya!! hidup kan perlu saling tegur menegur, ingat mengingati dan nasihat menasihati, tak gitu kekawan? :) oohh..ohhh..napa ayat aku semua cam emo semacam?? adoyai~


so lastly, kamu kamu si XX, sila jaga diri dan maruah anda! sekian~ 
dan kalau tak puas hati apa apa, jom la gadoh kat lubang komen bawah nih ok? hahaha..satu lagi nak cakap..aku sayang kamu kamu semua!! :D weh!! bukan maksud aku nih lesbo ok! dan kerana itulah wujud ini entri! :) 


#well~ kan aku da cakap, nih hanya isu kecik kat facebook ja..jangan la sentap dalam dalam sangat..lagipon kamu tak buat benda benda kat atas nih kan? ngeh3 :P



Jul 3, 2011

ke mana?

Assalamualaikum!

(-.-) huhuhu..idop aku sekarang macam roh yang terawang awang tak diterima langit & bumi! huhu..nauzubillah.
terOk kan perumpamaan tuh? but it's the best way actually to describe my feeling right now!



meh nak cita apa sebenaqnya tejadi..
1st : aku dapat info from my frens yang kami akan bedaftar pada 17 July 2011 means beberapa minit ja lagi!!


2nd : until N O W !! aku masih tak nampak any offer letter dari U terbabit~ haish


3rd : dengar lagi cerita kena buat medical check up segala..tak kan aku nak buat medical checkup siap siap? tengok2 nanti tak perlu pon benda tuh,kan membaziirr~ but then, kalau nak tunggu sampai offer letter sampai, bila tahun nya + medical check up yang agak lamaaaa nak siap??! aaarrrghhh! aku tersepit!!


4th : barang barang tak dibeli pon lagi..yes! memang aku bole angkut ja barang barang dari kolej dulu but ada la sikit sikit nak kena tambah..tapi bila da dalam situasi tersepit camnih..langsung takda semangatnya nak kemas barang!! huhuhu  ok fine! point ke-4 nih aku punya sendiri masalah! x da kena mengena~ :P


dan sekarang aku da penat nganga kat rumah tanpa apa apa kata putus..uurrrghhh!! aku tergantung!!! i hate this situation!!!! 


ehsan google














ok! da habis merungut!! thanks sebab baca entri ntah apa apa nih.

really??!

Assalamualaikum!

Perempuan sendiri kadang kadang yang memurahkan diri sendiri.
really??!


jagalah kehormatan anda!
-ehsan google




well, aku pompuan, kamu pon pompuan..so...
oppss!! apa? kamu lelaki? oh ok, boleh stop baca entri nih sekarang.

ok sambung cita..aku pompuan dan kamu pon sama
mungkin kekadang kita sendiri tak perasan yang perbuatan kita tuh sebenarnya menjatuhkan martabat sendiri..aku ulang tak perasan ok! bukan saja saja..

kita cakap cakap cakap cakap sampai kita sendiri tak ingat apa yang kita kata..tapi orang yang mendengar sedar yang kita sedang memalukan diri sendiri..
maybe benda yang kita buat tuh sebenaqnya ciput ja pun..tapi yang ciput tuh la menjatuhkan maruah kita satu tangga ke bawah..dan kalau di ulang dan ulang dan ulang..memang menjunam terus ke bawah la nampaknya~

so kepada pompuan pompuan comey, marilah kita sesama muhasabah diri b4 nak fire aku pasai entri nih, ok? :) 
actually, nih entri aku tuju kat pengusaha belog nih sendiri!! sebab dia sendiri pon tak sedar yang dia pon kekadang menjatuhkan martabat sendiri..
dan..

perempuan suka menyindir tapi tak suka disindir.
tapi bagi aku, sindiran tuh kekadang salah satu daripada cara teguran yang berkesan.. aku ulang, kadang kadang ja ok
sometimes and not always! 
dan sindiran tuh betambah berkesan kalau orang tuh maha hebat dalam menyindir!! hahaha
dan aku gagal dalam bahagian tuh. :P ngeh3~


Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya,
Siapa yang banyak salah, hilang pula harga dirinya,
bererti dia tidak warak; 
sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.
nauzubillah